Tuesday, July 29, 2008

Pelancaran Projek Prasana-Ria 2008

Projek Prasana-Ria 2008 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Di Pertua PIBG SMK Seri Gombak, Yang Berbahagia Dr Ir Mohd Helmi Zulkawi pada hari Isnin 28 Julai 2008 di Dataran Bestari, SMK Seri Gombak. Projek Anjuran PIBG ini adalah untuk mengutip dana bagi membiayai Program-Program Berikut.
-Membina bumbung tinggi antara Blok Beringin dan Blok Damar.
-Membina laman/taman bunga untuk keceriaan sekolah.
-Membina tempat letak motosikal dihadapan pintu utama sekolah.
-Membeli kerusi meja bagi mengganti yang rosak dan tidak mencukupi.
-Membina siar-kaki di pintu belakang sekolah

Sasaran Kutipan ialah RM150 ribu dan tempoh kutipan ialah selama sebulan mulai 28 Julai, 2008. Pelbagai ketogori hadiah disediakan termasuk hadiah utama iaitu sebuah Komputer Peribadi (Laptop). Maklumat lanjut, sila hubungi mana-mana AJK PIBG atau no tel sekolah 03-61869505.